Pages

Sunday 8 May 2016

Photoshop Editing

Photoshop Editing 

Dilukis oleh adik kawe nih.. Kawe cuma warna jah..
Tgh training nk wat design web nga grafik..

1) Guna teknik Lasso dlm photoshop..

Sebelum Diwarnakan..
Selepas warna..

2) guna teknik monet..


gambar belum diedit..


Diedit dlm bentuk painting.



Tuesday 3 May 2016

Resepi Ayam Masak Merah

 Resepi Ayam Masak Merah

 


 

Bahan-bahan buat ayam masak merah:
  • 1 ekor ayam yang sudah dilumur garam, kunyit dan digoreng separuh masak.
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 ketul kayu manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 60 ml santan
  • 250 ml air
  • 3 biji tomato yang sudah dipotong 4 bahagian
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis
Bahan kisar halus:
  • 4 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 15-20 tangkai cili kering, gunting dan buang sikit bijinya, rebus bentar baru kisar
Bahan-bahan hiris:
  • 3 biji bawang besar / bawang holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia – hiris jadi 3 bahagian
Cara buat ayam masak merah:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu.
  2. Lepas itu masukkan bahan kisar dan gaul sampai rata.
  3. Kemudian masukkan cili kering yang sudah di kisar dan sos cili. Tumi sampai pecah minyak.
  4. Lepas itu masukkan ayam yang di sudah di goreng separuh masak sebelumnya. Gaul rata dan biarkan sekejab.
  5. Kemudian masukkan air sebanyak mana kuah yang disukai.
  6. Lepas itu masukkan santan. Santan berguna untuk nak buat kuah tu pekat. Kuah jangan terlalu cair dan terlalu pekat sangat.
  7. Masukkan tomato dan garam, gaul hingga rata dan biarkan sampai pecah minyak.
  8. Bila rasa dah sebati (tomato tu dah empuk dan kaler kuah dah menarik), bolehlah ditutup api.
  9. Ayam masak merah SIAP DOH..

Resepi Ayam Kurma

RESEPI AYAM KURMA 
 

 
 
 
 
Masa:
Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 40 Minit | Keseluruhan: 60 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang makan

Bahan-Bahan:

  • 1 kg ayam
  • 4 sudu besar rempah kurma ayam
  • rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 2 biji kentang
  • 1 biji lobak merah (didadu besar)
  • sedikir air asam jawa
Bahan untuk dikisar:
  • 5 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawan merah*
  • 2 cm halia*

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma ayam, kacau sehingga pecah minyak
  3. Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika
  4. Masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit asam jawa
  5. Apabila kentang & lobak merah sudah empuk, masukan santan
  6. Kacau sebati dan biarkan mendidih
  7. Masukkan tomato, garam & gula secukup rasa